Lensa iCon Services
1. Wedding, Enggadgement,pre-wedding
2. Event - Launching, Party, Media/Artist, Graduation, Sports etc

3. Portfolio - Photoshoot, Model, Personal photos etc
4. Group photo - School magazine, Company profile, Family Portrait etc
5. Advertising - Billboard, Brochure, Bunting/Banner etc
6. Indoor/Outdoor - Studio photo session, Building/Interior, Area photography etc
7. Editing & Design for Special Album
8. Personal Photografer / Home Service - Holiday/Vacation, BBQ Party, Private Event
Hubungi: 0127597151

Sunday, January 31, 2010





Wan & Ikin





Hargailah Jurufoto Anda

Bismillahhirrohmannirrohim


Untuk Apakah Anda Membayar Jurufoto Anda?
(perhatian untuk pengantin2 yang lepas dan bakal2 pengantin Lensa)

Apabila anda mengupah seorang jurufoto untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut disenaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:

1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000. Selain dari kos pembelian, kos penjagaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurufoto mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurufoto, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.

2) Kemahiran Jurufoto
Untuk menjadi seorang jurufoto yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurufoto juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurufoto itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.

3) Masa Perkhidmatan
Jurufoto adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurufoto cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Mungkin dengan merakam foto perkahwinan anda, beliau terpaksa melepaskan satu lagi tugas penting. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurufoto. Dengan itu, jurufoto mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.

4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurufoto selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurufoto akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.

5) Kos material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurufoto. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.

Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurufoto walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Jurufoto adalah insan terpenting semasa sesuatu majlis diadakan.. Oleh itu layanan yg adil dan istimewa perlu diberikan kepada jurufoto anda. Adalah amat penting untuk menjaga kebajikan mereka seperti makan minum dan tempat tinggal yang selesa.. Bayangkan jika mood jurufoto anda tidak baik apa akan terjadi kepada gambar2 saat hari indah anda. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.

Oleh itu anda hendaklah menanti dengan penuh sabar album gambar anda utk disiapkan dengan hasil yg terbaik.. menanti dengan penuh sabar walau memakan masa.. Jangan berikan mereka tekanan dan yg terpenting.. HARGAILAH KAMI!

Semoga kesemua pengantin kekal bahagia ke akhir hayat.. Amin..

Thursday, December 31, 2009

Produk

Kepelbagaian Perkhidmatan

Bismillahhirrohmannirrohim

Ini antara produk kami.Potret
Produk
Majlis
Perkahwinan
Modeling

Sebarang tempahan boleh call direct 0127597151/0137934169 untuk perbincangan.